HNS -2014588983-
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada pandangan saya, nilai murni yang dapat dipelajari daripada cerita ini ialah nilai berpegang kepada janji(amanah). Seperti di dalam cerita tersebut, pemuda itu telah berpegang pada janji beliau untuk kembali pulang setelah tiga hari pergi mengambil harta warisan di tempat tersembunyi untuk diberikan kepada adiknya untuk meneruskan hidup selepas ketiadaan beliau. Hal ini menjelaskan bahawa apabila kita sudah berjanji kita perlu laksanakannya. Selain itu, keperibadian Abu Dzar al-Ghifari R.A patut kita contohi. Beliau sanggup menawarkan diri sebagai tebusan untuk dipancung kepalanya demi ingin menolong pemuda berkenaan. Hal ini membuktikan bahawa kita sesama manusia perlu tolong-menolong antara satu sama lain. Berusah payah bersama dan akhirnya dapat mengecapi manfaat bersama dimana anak-anak yang menuntut keadilan di atas kematian ayah mereka itu telah memaafkan pemuda berkenaan dan pemuda itu selamat daripda dibunuh(qisas) serta Abu Dzar al Ghifari R.A juga telah selamat apabila pemuda berkenaan pulang tepat pada masanya.
NFJ 2014509419
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada pandangan saya mengenai kisah Abu Dzar Al Ghifari, beliau adalah salah satu bintang dalam sejarah jalan dakwah Rasulullah dan umat islam. Beliau telah melakukan apa yang menjadi kemampuannya, dan hal tersebut memberi kita banyak teladan yang tiada habisnya. Mengenai sisi manusia yang tidak terhindar dari mereka, hal tersebut menyedarkan kita bahawa para sahabat juga adalah manusia yang tidak pernah luput dari melakukan salah dan dosa, bukan malaikat yang senantiasa bercahaya dan tanpa cela. Justeru itu, hal tersebut merupakan pemberi semangat bagi umat islam seperti saya di saat ini untuk berwibawa dan beramal sehebat para sahabat. Dari sinilah kita merenung, bahawa kemampuan untuk berhubungan baik dengan sesama manusia bukanlah berdasarkan tingginya keimanan seseorang. Keimanan dan kemampuan membangun hubungan baik dengan orang lain adalah dua hal yang seharusnya bersesuaian dan kita perjuangkan untuk seimbang dalam diri kita. Semoga kita selalu bersemangat untuk senantiasa memperbaiki diri dari masa ke masa.
FTZ/ 2014732613

Menurut kisah Abu Dzar Al Ghifari, beliau menunjukkan sikap cintakan Rasulullah yang amat kuat dimana selepas beliau wafat, kesan yang dibawa oleh beliau masih terlekat pada Abu Dzar Al Ghifari. Perasaan malu dan iman tidak seharusnya berpisah. Jika hilang salah satu, maka lenyaplah yang lagi satu. Sikap seperti Abu Dzar Al Ghifari itu harus dicontohi dalam aspek politik dan pemerintahan dimana semuanya dilakukan dengan adil dan saksama. Mendengar suara minoriti juga jika ia akan mendatangkan sesuatu kebaikan kepada kita. Ia juga mengajar sifat redha dengan ketentuan Allah. Kerana sesuatu yang berlaku, adalah dengan izin Allah swt. Bila kita menjalankan aktiviti politik dan pemerintahan, bahkan perkara-perkara yang lain mengikut Al-Quran dan As-Sunnah, ia tidak akan pernah membinasakan diri kita. Jika kita tidak mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah, maka kita sendiri yang membinasakan diri kita sendiri.
NFS 2014104769
========================================================================
Iman seorang Abu Dzar memang tak perlu diragukan. Abu Dzar bukanlah orang yang dapat berdiam diri dan berlapang dada terhadap kesalahan sesamanya. Semuanya mengenai ‘bagaimana seharusnya’ sudah tersimpan dalam memorinya, tindakan yang lurus, dan sayangnya tanpa memperhatikan perasaan orang lain.
Dari sinilah kita melihat, bahawa kemampuan untuk berhubungan baik dengan sesama manusia bukanlah berdasarkan iman seseorang yang teguh. Keimanan dan kemampuan membangun hubungan baik dengan orang lain adalah dua hal yang seharusnya bersesuaian dan kita perjuangkan untuk seimbang dalam diri kita.
FAJ/ 2014388171

Kisah seorang lelaki yang mencintai Rasullulah juga mengajar kepada saya untuk mendekatkan diri kepada tuhan juga cinta akan Rasulullah supaya akidah dan iman kita sendiri kuat dan lebih dekat akan pencipta. Sikap nya juga sangat terkesan lemah lembutnya dan berbuat baik kepada semua manusia dan dalam masa yang sama saya juga perlu mengikuti sikapnya yang mnyemimbangkan kehidupan dunia mahupun akhirat.
Inayah 2014567981

kisah ini sangat memberi kesan kepada saya, dimana cinta yang tinggi oleh Abu Dzar terhadap nabi kita Muhammad s.a.w. Beliau benar-benar kasih keatas nabi Muhammad dengan mencontohi perbuatan Nabi muhammad, iaitu membantu seseorang ketika dalam keadaan susah tanpa mengenali siapa yang dibantu. kita sebagai ummat Nabi, harus mencontohi perbuatan Abu Dzar yang sanggup membantu kerana malu sekiranya tidak membantu seseorang yang dalam kesusahan dan beliau tahu Nabi muhammad akan membantu orang itu sekiranya Nabi hadir di situ. Nilai yang paling tinggi adalah Bagaimana Nabi Muhammad memberi kesan kepada perihal seseorang sehingga sahabat-sahabat dan orang hidup pada zaman Nabi sangat kasih dan cinta dan menjadi seseorang itu suka melakukan kebaikan.Walaupun kita tidak hadir pada zaman Nabi tetapi pupuklah cinta kita dengan lebih tinggi agar kecintaan kita pada Nabi lebih menebal agar setiap perbuatan kita dapat mencontohi sifat Nabi Muhammad s.a.w...InsyALLAH
BRYA -2011195029

Sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah, kita seharusnya mencontohi perlakuan dan tindakan baginda dalam menjalankan tanggungjawap sebagai pemerintah. Baginda seorang pemerintah yang sangat baik dan mulia hatinya. Pernah juga suatu peperangan dahulu, baginda sebagai perintah dan ketua turut ikut serta anak-anak buahnya berjumpa untuk berdamai, berperang bersama-sama demi mempertahankan agama Allah. Dengan ini, pemerintah pada hari ini seharusnya mencontohi baginda dan belajar untuk bertindak bersama orang bawahan, bukan hanya memberi wang, upah, ganjaran, apatah lagi cuma memberi arahan semata-mata. Apa jua yang kita lakukan dengan niat ingin mencontohi Rasulullah juga akan diberi nikmat pahala oleh Allah SWT. Wallahualam.
HFA- 2014122825

No comments:
Post a Comment