Setelah ahli kumpulan kami dan kumpulan yang lain berkongsi mengenai budaya, adat, peradaban yang terdiri daripada pelbagai kaum, saya dapati pelbagai keunikan dari pelbagai kaum. Mereka turut mementingkan keagamaan sama seperti kita sebagai orang Islam walaupun terdapat sedikit perbezaan dari segi kepercayaan mereka. Ada juga kumpulan yang menceritakan berkenaan pertunjukan budaya pelbagai bangsa yang ditonjolkan ke peringkat antarabangsa. Dari situ kita dapat lihat aspek adat, budaya yang menjadi teras identiti dan keperibadian negara Malaysia telah dapat diterima malah diikuti secara beransur- ansur oleh setiap golongan rakyat Malaysia. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu mencapai hasrat dan cita-cita perlaksanaan ini kerana keinsafan itu sahaja adat yang membentuk identiti dan keperibadian seseorangakn dapat dibezakan dengan adat yang bersifat kesukuan dan perkauman. Identiti dan keperibadian yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan akan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Melayu itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.
FTZ/ 2014732613
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berdasarkan perkongsian daripada ahli kumpulan dan kumpulan lain megenai perbezaan antara setiap kaum yang berlainan dari kami. Saya dapat mengenali dan menimba ilmu megenai perbezaan pelbagai kaum dari segi adat, budaya, kepercayaan dan juga peradaban. Mereka juga sangat mementingkan adat bagi setiap kaum mereka. Ada juga kepercayaan mereka di mana mereka harus minum air tapai kerana mengikut adat mereka dan menunjukkan bahawa mereka menghormati adat itu. Dan saya tertarik dengan kumpulan India Bandar, dimana beliau sanggup bangun di awal pagi untuk sembahyang di kuil sebelum pergi ke tempat kerja walaupun jauh daripada kediaman beliau. Ini menunjukkan rasa kecintaan mereka terhadap tuhan mereka yang sangat mendalam sedangkan kita sebagai umat Islam pun hendak bangun solat subuh di masjid tidak selalu. Allahu
HNS -2014588983-
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Secara keseluruhannya, sesi refleksi lita'aruf kesemua kumpulan didalam kelas amat memberi impak yang besar dimana masing-masing mempelajari sesuatu yang amat terkesan dalam diri mereka. Hal ini menunjukkan, kaum, bangsa dan agama yang lain dapat memberi kesedaran kepada kita dimana kadang-kadang sesuatu perkara yang kita terlepas pandang, telah pun dilaksaankan oleh bangsa lain. Ini memberi pengajaran dan juga penambahbaik kepada diri kita dalam menangani isu-isu rasis atau isi-isu prejudis antara kaum. Sesi ini juga menyedarkan kita bahawa di dunia ini, bukan kita sahaja yang sempurna dan semua orang harus menerima kita dengan baik, namun, ia menggalakkan kita supaya membuka mata dalam menerima sesuatu budaya dan agama yang diamalkan oleh orang lain dengan secara ikhlas dan betul.
NFS 2014104769
================================================================================================================================================
Temubual yang diadakan telah memberi kesedaran bahawa kita sebagai masyarakat berbilang kaum seharusnya menghormati antara satu sama lain. Sebagai contoh, masyarakat cina dibenarkan oleh agamanya untuk makan 'babi', jadi kita sebagai masyarakat melayu diharamkan untuk makan nya namun tidak pula islam mengajar kita untuk memperlekehkan perbuatan yang dilakukan oleh orang lain. Malah kita patut hormati mereka sebagaimana yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W.
HFA- 2014122825
================================================================================================================================================
Sesi berkongsi cerita mengenai bangsa, budaya dan agama lain membuatkan saya menyedari tentang betapa pentingya sikap bertoleransi antara sesama kaum untuk mencapai kesepakatan yang saksama. Seperti yang kita tahu setiap bangsa Melayu, Cina dan India mempunyai budaya dan pegangan agama yang berlainan tetapi itu bukanlah penghalang untuk kita sesama manusia untuk saling menghormati. Seperti contoh dahulu terdapat sambutan DeepaRaya dimana kaum India dan Melayu sama-sama meraikan perayaan. Seterusnya, melalui sesi perkongsian itu ia memupuk sifat belajar untuk menyayangi insan walaupun mereka tidak seagama dengan kita
NFJ 2014509419.
No comments:
Post a Comment