Assalamualaikum w.b.t

Friday, 27 November 2015

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

Bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya.

Bahasa rasmi tidak perlu merupakan bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi adalah bahasa yang semata-mata dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu yang tidak perlu dikaitkan dengan semangat kebangsaan. Biasanya bahasa rasmi dipilih daripada salah satu bahasa anak negeri dan ada kalanya dipilih bahasa bekas penjajah. Bagi negara yang mempunyai bahasa yang maju, bahasa yang banyak laras bahasanya akan diangkat menjadi bahasa rasmi. Contohnya bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi kerana bahasa ini dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dan dapat difahami umum.

Sebagai bahasa rasmi bahasa Melayu ditetapkan menjadi sarana komunikasi dalam bidang pentadbiran. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga badan berkanun. Contohnya dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman dan mahkamah telah menggunakan bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah bertambah baik setelah Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda (Jun 1991).

Tuesday, 24 November 2015

MODENISASI DAN PEMBARATAN



TAHUKAH ANDA??

Perubahan yang dialami oleh suatu masyarakat berlangsung secara:


1. MODENISASI- suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat telah dianggap sebagai sesuatu yang harus ditempuhi oleh semua bangsa atau negara. Sebagai contoh, kita dapat lihat kerajaan Malaysia mendirikan Shopping Mall untuk kemudahan rakyat. Dari situ, terhasilnya sebuah permodenan. Dibawah merupakan contoh dan penerangan secara ringkas mengenai modenisasi ini. 




2. PEMBARATAN- suatu proses peniruan gaya hidup barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana. Sambungan dari wujudnya Shopping Mall, pihak yang terlibat mula mewujudkan pelbagai kedai, produk dan servis yang membawa ke arah pembaratan. Sebagai contoh, mereka membuka kedai kedai spa, pub, wayang dan sebagainya.

Video ini mungkin kelihatan remeh, tapi itu sebenarnya yang terjadi pada zaman sekarang =)...

Jika dilihat secara keseluruhannya, Teori Modenisasi adalah istilah yang digunakan untuk menunjukkan tentang kemajuan atau proses perubahan. Ia termasuklah dari berbagai-bagai aspek kehidupan dalam masyarakat. Hasilannya ia mengujudkan klasifikasi masyarakat iaitu tradisional dan moden. Selain itu Modenisasi juga tidak dapat dipisahkan dari istilah Transformasi di mana Modenisasi tidak akan ujud tanpa berlakunya Transformasi. Inilah antara alasan mengapa Teori Modenisasi ini hanya sesuai diapplikasikan oleh negara sedang membangun. Bagi negara sedang membangun ia memerlukan satu proses perubahan yang secara langsung mempunyai kaitan dengan Teori Modenisasi itu sendiri.

Barat telah mengelirukan masyarakat dunia dengan menggambarkan betapa pentingnya Teori Modenisasi sehingga mengenepikan soal-soal keagamaan dan kerohanian serta nilai-nilai murni. Secara tidak langsung akan menghasilkan masyarakat yang maju atau moden tetapi mengujudkan berbagai-bagai masalah sosial. Proses modenisasi di Malaysia berlaku secara tidak sengaja dimana kedatangan Barat dalam cuba meluaskan kolonielnya telah mengakibatkan proses ini berlaku. Sungguhpun begitu kesempatan yang diambil oleh Barat amat merugikan masyarakat Malaysia khasnya yang ketika itu kaya dengan hasil bumi. Tamadun Timur yang sedia ada telah bertembung dengan Tamadun Barat yang mempunyai kaitan yang rapat dengan Teori Modenisasi. Hasilan dari pertembungan ini maka ujudlah dua hala kesan pengaruh Budaya dan Tamadun yang secara tidak langsung telah menyerap ke dalam masyarat Barat sendiri. Nilai-nilai murni yang diperolehi dari masyarakat Timur telah sedikit sebanyak menular kedalam masyarat Barat. Inilah yang dikatakan atau diistilahkan sebagai Pertembungan Tamadun. Apapun alasannya Modenisasi Model Islam adalah yang tertua dan telah ujud sejak abad ke 18 dan 19 lagi. Mementingkan Al-Quran dan Sunnah dalam membentuk kemodenan merupakan alasan yang unik dan istimewa kerana Islam itu sendiri adalah kesempurnaan.

CIRI- CIRI NEGARA MAJU


Adakah negara kita ini sudah cukup berkembang maju? Tahukah anda apa itu negara maju?

Negara maju adalah sebutan untuk negara yang menikmati standard hidup yang relatif tinggi melalui teknologi tinggi dan ekonomi yang merata. Kebanyakan negara dengan GDP per kapita tinggi dianggap negara berkembang.





Terdapat beberapa Ciri-Ciri Negara Maju, iaitu ;)

  1. Sebagian besar penduduknya bekerja pada sektor industri dan jasa yang sebagian hasilnya untuk di-eksport.
  2. Mengusahakan sektor usaha pertanian sebagai sampingan tetapi pengolahannya sudah menggunakan teknologi dan alat-alat moden.
  3. Memiliki sumber daya manusia berkualiti tinggi dengan tingkat kehidupan yang baik, sehingga mampu menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi.
  4. Peningkatan pendapatan per kapita rata-rata penduduknya tinggi.
  5. Pertumbuhan penduduk yang rendah dan telah diimbangi dengan fasiliti dan pelayanan sosial yang memadai.
  6. Telah ada kesetaraan jantina antara perempuan dan laki-laki.
  7. Telah memiliki taraf pendidikan yang tinggi sehingga sudah tidak ada penduduk yang buta huruf.
  8. Angka beban tanggungan usia produktif yang rendah.
  9. Tidak menemui adanya kemiskinan kerana sebagian besar penduduk telah memiliki tingkat penghasilan yang dapat mencukupi keperluan hidupnya.
  10. Mampu mendominasi kehidupan sosial, ekonomi negara-negara berkembang, terutama dalam hal modal serta ilmu pengetahuan dan teknologi


Monday, 23 November 2015

INTERVIEW






Sesi temu ramah ini diadakan pada 17 November 2015. Perjumpaan ini bertempat di Cafetaria PSB, UiTM Puncak Alam. Temu ramah kami bermula pada jam 10:30 pagi dan tamat sesi temu bual pada jam 12:30 tengah hari. Mrs Soh Wei Nee, berasal dari Klang, Selangor. Beliau berusia 59 tahun dan menganuti agama Buddha. Selain itu, beliau mempunyai dua orang cahaya mata. Mrs Soh Wei Nee bekerja sebagai seorang pensyarah untuk subjek mandarin di UniversitiTeknologi Mara (UiTM), Puncak Alam.

Sewaktu kami tiba di tempat sesi temu ramah, kami dapati beliau pun tiba di situ. Kami terus memulakan sesi temu ramah tanpa membuang waktu. Sewaktu sesi temu ramah dijalankan, beliau menjawab pelbagai soalan yang diutarakan oleh ahli kumpulan kami dengan penuh bersemangat dan berdedikasi. Beliau bercerita dengan sepenuh hati untuk menyampaikan jawapan kepada pertanyaan yang di Tanya. Di antara soalan yang diutarakan ialah bagaimana cara permakaian, budaya, kepercayaan, upacara perkahwinan atau kematian, hari kebesaran, nilai kemasyarakatan, persamaan budaya dengan kaum melayu, persepsi terhadap agama islam dan banyak lagi. 

Kami amat selesa dengan beliau kerana beliau sangat mudah mesra dan menyatakan tindak balas yang baik terhadap kami. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana beliau sudi untuk di temu ramah dan sudi meluangkan masa untuk sesi temu ramah ini. Beliau adalah seorang yang peramah, baik hati dan sangat berfikiran terbuka untuk memberikan sebarang maklumat dan input yang bermanfaat kepada kami semasa sesi temu ramah ini dijalankan. 



REFLEKSI CHAPTER 4: TRANFORMASI EKONOMI

Apa yang saya dapati dalam pembelajaran hari ini, jika dibandingkan kegiatan ekonomi zaman dahulu dengan zaman sekarang, kita dapat lihat permodenan ekonomi negara semakin menunjukkan perubahan dan impak yang positif. Peningkatan tersebut dapat dilihat daripada penggunaan teknologi dan infrastruktur yang lebih canggih berbanding zaman dahulu hanya menggunakan tenaga kerja manusia dalam kegiatan yang dijalankan. Dengan adanya perubahan ini mungkin dapat membantu kita sebagai rakyat Malaysia untuk memperbaiki taraf kehidupan dengan mengikut jejak langkah kemajuan seperti yang dilakukan oleh kaum cina. Jejak langkah tersebut bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan kaum Cina, tapi sekurang kurangnya kita dapat membuktikan kaum Melayu bukan lah kaum yang mundur dalam bidang ekonomi. =)

FTZ//2014732613

==============================================================================================================================================


Kesimpulannya, saya telah mempelajari konsep mengenai pembangunan dari pandangan Islam dan juga dari sudut Barat. Pembangunan ekonomi diMalaysia sebelum dan selepas merdeka, serta Rancangan Malaysia yang merupakan Rancangan Pembangunan 5 tahun dan juga mengenai Dasar-dasar kerajaan. Pendapat saya, pembangunan ekonomi amat penting dalam kehidupan harian kita dan dapat menjamin kesejahteraan hidup masyarakat. Oleh itu, setiap masyarakat haruslah memahami dasar-dasar kerajaan supaya mereka akan terus hidup dalam teknologi serba canggih dan moden.

HNS -2014588983-

==============================================================================================================================================

Dari apa yang saya pelajari dari bab ini, kita semua dapat lihat yang sejak merdeka, pembangunan ekonomi negara semakin menunjukkan perkembangan yang positif. Dimana yang dahulunya ekonomi kita berasaskan tanaman secara tradisional dan infrastruktur yang canggih. ia dapat membantu meningkatkan kualiti atau taraf hidup kita. Oleh itu, dengan adanya perubahan sebegitu ini dpat membantu kita lebih berusaha menceburi aktiviti ekonomi agar dapat meningkatkan taraf kehidupan orang melayu dalam bidang ekonomi.

FAJ / 2014388171


================================================================================================================================================

Secara keseluruhannya, apa yang saya dapat simpulkan transformasi ekonomi dapat mengubah kehidupan masyarakat yang dahulunya susah dan sukar kepada kehidupan yang lebih baik. Seperti yang kita tahu dahulu segala pekerjaan yang dilakukan adalah seratus peratus berdasarkan daya manusia tapi kini dengan adanya teknologi yang moden ia dapat membantu kita untuk lebih pesat membangun. Ini kerana apabila ekonomi berkembang, peluang pekerjaan akan bertambah dan secara langsung dapat membantu masyarakat untuk memperbaiki taraf hidup mereka.

NFJ 2014509419

================================================================================================================================================

Secara kesimpulannya, transformasi ekomoni dari semasa ke semasa amat ketara. Apabila dibandingkan dengan zaman dahulu, kebanyakan mereka menggunakan tenaga kerja berbanding teknologi. Ini disebabkan mereka tidak mengetahu bagaimana hendak mencipta sesuatu teknologi. Setelah banyak idea yang diperolehi bersamaan kreativiti dan inovasi, banyak teknologi yang dicipta bagi memudahkan manusia. Hal ini digelar Modenisasi. Dimana sesuatu perubahan itu bermatlamat dalam mencapai kejayaan. Namun demikian, dari zaman ke zaman yang penuh teknologi, terselitnya budaya pembaratan dimana manusia keliru sama ada ia adalah pemodenan atau tidak. Pembaratan ini terjadi tanpa ada matlamat dan hanya akan merosakkan pemikiran orang muda dimana ia hanya untuk mengikuti trend semasa dan bukan untuk pembangunan.

NFS 2014104769

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

zaman sentiasa berubah mengikut perubahan semasa , kita perlulah seiring menggunakan peralihan ekonomi sebagai kemajuan hidup tetapi selari dengan ajaran islam dan juga budaya atau adat tidak dilupakan. perubahan ekonomi sangat baik bagi memajukan semua sistem dan aliran untuk kita semua.Tetapi jika kita terlampau mengikuti pemodenan yang ke arah pembaratan akan merosakkan budaya adat dan cara hidup negara kita sendiri sekaligus agama yang sangat penting juga akan terjejas.

Inayah 2014567982

================================================================================================================================================

Transformasi ekonomi berlaku hampir sepanjang zaman. Dimana kita boleh kaitkan dengan permintaan dan bekalan oleh penduduk di negara kita. Perubahan ekonomi suatu ketika dahulu terjadi kerana campur tangan orang luar. Kita boleh lihat ada kebaikan dan keburukannya seperti kehidupan orang melayu cukup dimana keperluan asas nya dipenuhi, walaupun hanya digelar 'kais pagi makan pagi', lebih baik berbanding dahulu yang hanya yang miskin dan hanya ubi menjadi bekalan utama. Namun demikian, campur tangan dari pihak luar mempunyai muslihat tersendiri, dimana pihak luar cuba menguasai tanah kita sendiri menjadi tanah kepunyaan mereka. Kini, transformasi telah berlaku, pemerintah negara kita lebih berkaliber dan berwawasan dengan membantu rakyatnya, malah menyediakan cabang-cabang ekonomi untuk masyarakat, serta memberi peluang untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi. Ini juga sangat membantu menstabilkan ekonomi negara serta melangsaikan hutang negara sedikit demi sedikit.

HFA-2014122825

================================================================================================================================================

transformasi ini ade kebaikan ada juga keburukannya, bagi kebaikan kita dapat lihat bahawa ekonomi tanah melayu pada suatu ketika telah berkembang maju dan berbagai cara dan sistem yang dapat kita kenali bagi mempertingkatkan hasil bumi tanah melayu. akan tetapi transformasi ini juga menjadi kan cara dan tradisi rakyat berbangsa melayu mula pupus dan ditinggal kan, ia juga hanya di jalan kan di kawasan luar bandar atau pendalaman bagi sistem orang melayu yang menjadi sistem kehidupan untuk menyempurna hiduo seharian dan bukan lah mempertingkatkan kehidupan seharian.

brya -2014527871









Interview (Part 1)

MAKLUMAT MENGENAI CINA BANDAR



1) KEAGAMAAN




Malaysia mempunyai pelbagai agama yang dianuti oleh pelbagai kaum contohnya seperti agama Kristian, Hindu, Buddha, Sikh, Anisme dan lain-lain. Kaum Cina menganuti pelbagai agama. Ada dikalangan mereka yang menganuti agama Kristian atau Buddha tetapi bagi Pn. Soh Wei Nee yang berasal dari cina bandar, beliau menganuti agama Buddha. Pelbagai perkara yang diceritakan olehnya. Beliau menceritakan bagaimana majlis pertunangan, hantaran bagi perkahwinan, bagaimana upacara perkahwinan dijalankan, nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama mereka, kematian, perayaan tahun baru cina dan lain-lain.

Setiap agama mempunyai nilai-nilai murni yang tersendiri. Berdasarkan apa yang dijelaskan, bagi kaum cina Bandar, mereka patut mematuhi dan mengamalkan nilai-nilai murni ini didalam kehidupan seharian mereka. Mereka mempelajari moral dimana mereka harus senantiasa berbuat baik kepada keluarga dan masyarakat sekeliling bagi mewujudkan suasana yang dalam keadaan yang aman dan harmoni. Mereka harus mempunyai sikap menghormati antara satu sama lain terutamanya terhadap ibu bapa, orang yang lebih tua dari kita, dan semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.  Disamping itu, jika agama islam mempunyai perkara wajib yang harus dilakukan dalam kehidupan seharian contohnya seperti solat 5 waktu dan membayar zakat, mereka juga mempercayai perkara yang wajib dilakukan iaitu upacara sembahyang. Mereka percaya adanya semangat pokok, ini adalah kepercayaan biasa dimana tiada sistem untuk diikuti tetapi ianya bergantung kepada individu. Mereka juga mempercayai bahawa Tuhan akan menghukum mereka sekiranya mereka melakukan kesalahan seperti mencuri, menipu dan lain-lain. 



2) PERKAHWINAN





Adat perkahwinan 
  • Mereka mengenali antara satu sama lain secara sendiri tanpa ditentukan oleh keluarga ataupun perkahwinan yang dirancang oleh keluarga. Pada zaman sekarang tiada lagi perkahwinan yang di rancang oleh keluarga. Jika ada pun cuma segelintir sahaja.
  • Mereka akan berkahwin dah didaftarkan dibawah akta undang-undang kerajaan.
  • Cara perkahwinan sama ada terus berkahwin ataupun bertunang. Jika bertunang, mereka juga ada hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan yang dipanggil "PINJIN". Itu sebagai tanda terima kasih kepada ibu bapa pengantin perempuan kerana selama ini telah menjaga dan membesarkan pengantin perempuan.
  • Cara bernikah ada dua, jika agama buddha mereka akan pergi ke tokong cina untuk meminta restu. Manakala, jika agama kristian mereka akan pergi ke gereja.
  • Apabila sudah berkahwin, pengantin perempuan akan mengikuti pengantin lelaki kerumahnya dan tinggal bersama dengan keluarga lelaki.
  • Selepas majlis perkahwinan iaitu persandingan dimana pengantin lelaki akan mengambil pengantin perempuan di rumahnya, akan diadakan "Tea Ceremony". Majlis ini diadakan kepada pengantin perempuan dimana pengantin baru menyediakan teh untuk ibu bapa dan juga keluarga. Ini untuk menghilangkan rasa takut bagi ahli baru keluarga dan untuk menjadikan hubungan kekeluargaan lebih rapat. Mereka juga ada jamuan makan "Banquet". Jamuan ini selalunya diadakan di restoran dan ianya di tanggung oleh pihak lelaki kerana ianya untuk meraikan ahli baru dalam keluarga mereka.


3) PERAYAAN TAHUN BARU CINA


Kebiasaan nyaa perayaan tahun baru cina hanya di sambut setahun sekali, ianya sama seperti perayaan hari raya aidilfitri iaitu perayaan islam. Raya Cina akan di sambut selama 15 hari dan setiap bangsa cina harus berkata-kata dengan mengeluarkan bahasa yang baik sahaja. Pada hari raya cina, mereka tidak boleh menyapu kerana mengikut kepercayaan mereka, mereka percaya bahawa penyapu akan mendatangkan nasib tidak baik bagi mereka. Tambahan lagi, gunting dan benda tajam juga tidak dibenarkan kerana ia mendatangkan nasib yang malang. Selain itu, di kalangan yang muda akan melawat ke rumah keluarga yang lebih tua semasa hari raya cina dan mereka akan mengadakan "REUNION DINNER".

Pakaian untuk tahun baru cina adalah warna terang dan kebiasaannya warna merah. Ini kerana mereka percaya bahawa raksasa akan menyerang manusia dan haiwan. Raksasa takut akan warna terang dan juga bunyi yang kuat.

CHAP GO MEYH - Malam ke 15 tahun baru cina iaitu penghabisan perayaan tahun baru cina. Semua gadis dan teruna di benarkan keluar untuk mencari pasangan mereka, mereka akan pergi ke sungai dan membuat hajat untuk mendapatkan pasangan yang baik.


4) KEMATIAN

















Kematian bagi kalangan bangsa Cina adalah sama seperti Agama Islam. Bangsa Cina akan membiarkan mayat di dalam keranda yang telah siap di mandikan dan di dandan secara rapi sekurang-kurangnya 3-5 hari. Setelah hari ke 7-9 barulah mayat akan dikebumikan.

Proses kematian iaitu dari segi memandikan mayat dan juga mengebumikan mayat. Ia agak berbeza sedikit dari segi kematian,dimana bangsa cina, ahli keluarga akan menentukan sama ada untuk terus mengebumikan mayat selepas mati ataupun membakar mayat tersebut dan menjadi abu. Mayat yang menjadi abu, abu tersebut akan di ambil pada hari kedua selepas pembakaran dengan menggunakan 'chopstik' serta abu mayat tersebut akan dimasukkan kedalam botol yang cantik. Mengikut cara tradisional, abu mayat ini akan diletakkan di dalam kubur dan akan terletak nama di setiap batu kubur. Jika nama di atas batu hilang, akan ada orang yang akan melukisnya semula sehingga adanya tulisan nama pada batu tersebut. Manakala, untuk zaman moden sekarang, bagi menghilangkan rasa takut dan gentar untuk ke kubur, ada nya "MEMORIALPARK". Ianya adalah sebuah taman di tempat perkuburan dan juga tempat khas seperti gambar di atas dimana akan ada lubang untuk meletakkan abu mayat tersebut. Tempat khas itu juga di bayar mngikut aras iaitu aras bawah, aras tengah dan juga aras atas. Aras ini menentukan kemudahan bagi kaum cina untuk bersembahyang terhadap orang yang sudah mati. Aras tengah adalah aras yang paling mahal dimana mereka mudah untuk bersembahyang dan mendoakan si mati. Penempatkan abu mayat tersebut, mempunyai yuran yang di kenakan iaitu RM2000 bagi setiap abu mayat. Yuran yang di kenakanadalah untuk upah mereka menjaga dan memastikan tempat itu bersih dan selesa sepanjang masa.

Perbelanjaan untuk kematian boleh mencecah maksimum RM80 000  dan minimum RM5 000 - RM8 000. Kos ini termasuk beli tanah untuk penguburan si mati, 3 hari kenduri untuk makanan dan minuman dan keranda. Bagi yang menziarah pula, mereka boleh datang menziarahi dan memberi sampul surat putih sebagai tanda penghargaan kepada keluarga si mati.
\
Menurut bangsa cina, mereka membakar kertas yang berbentuk kereta, duit, rumah, telefon dan sebagainya. Ini kerana mereka mempunyai kepercayaan bahawa si mati juga memerlukan kepentingan sama di dunia ini sama seperti didunia lain. Pakaian baju untuk ahli keluarga si mati juga di tentukan seperti:

a) anak lelaki dan perempuan = warna hitam
b) cucu = warna biru tua
c) cicit = warna hijau
d) selepas cicit = merah jambu





Thursday, 19 November 2015

Peristiwa Keranda 152

Image result for keranda 152

Apa sebenarnya Keranda 152? 

Ianya merujuk kepada Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah salah satu dari kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama oleh rakyat berbilang bangsa.

Sewaktu detik mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, tuntutan rakyat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai satu- satunya Bahasa rasmi telah tidak dapat dipenuhi oleh parti yang memerintah. Alasannya kerana Bahasa Melayu belum benar-benar bersedia untuk mengambil-alih tugas Bahasa Inggeris yang telah digunakan oleh penjajah dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran negara. Atas sebab itu, Bahasa Inggeris masih dibenarkan penggunaannya, untuk tempoh masa 10 tahun lagi. Tempoh itu dirasakan manasabah untuk setiap rakyat Tanah Melayu mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu.

Apa yang berlaku pada tahun 1967, Bahasa Inggeris masih diberi ruang yang besar sebagai bahasa rasmi. Badan NGO Melayu rasa terkejut dengan beberapa peruntukan dalam Rang Undang-Undang Bahasa 1967 yang masih mengekalkan Bahasa Inggeris dalam beberapa bidang terutama bidang kehakiman.

Apa gunanya merdeka, jika bahasa anak pribumi dianggap sebagai bahasa kelas ketiga dan tidak layak diguna di negara sendiri? Adakah tempoh 10 tahun masih tidak cukup untuk setiap rakyat memantapkan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan? Inilah yang diperjuangkan oleh pejuang bahasa dalam tahun 1967. Mereka berasa bagi dikhianati oleh para pemimpin yaang kononnya memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu.

Sekumpulan 9 orang peguam Melayu telah menghantar memorandum menyuarakan bantahan namun tidak dipedulikan oleh parti yang memerintah.

Kemarahan orang Melayu membuak-buak. Seramai 2,000 orang mewakili 120 pertubuhan orang Melayu telah berhimpun di Balai Budaya, DBP pada petang Jumaat 3 Mac, 1967.
Perhimpunan ini menyaksikan orang Melayu bersatu tanpa mengira fahaman politik. 

Peristiwa itu juga diingati dengan ucapan Tun Syed Nasir Ismail, Pengarah DBP yang menitiskan airmata mengenangkan nasib Bahasa Melayu:

"...saya menangis bukan kerana takut, tetapi air mata ini lahir daripada keharuan hati sanubari saya mengenangkan nasib bangsa saya. Saya tidak boleh buat apa-apa sekarang ini. Saya terikat..."

Kemarahan rakyat sudah tak terbendung menyaksikan sekumpulan aktivis bersedia mahu berarak ke Bangunan Parlimen. Mereka mahu mengusung Keranda 152 yang membawa jiwa bangsa yang sudah ditamatkan hayat oleh bangsanya sendiri.

Image result for keranda 152
Peristiwa Keranda 152 akan diingat sebagai satu episod dalam sejarah perjuangan Bahasa Melayu. Balai Budaya yang menjadi saksi peristiwa bersejarah itu, kini sudah ditukar nama kepada Balai Tun Syed Nasir. Peritiwa 13 Mei 1969, kemudiannya seakan menjadi penyelamat bila Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dalam dasar pendidikan negara. Kemuncak perjuangan ini menyaksikan lahirnya Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970 yang menyaksikan buat kali pertama, Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai pengantar utama.

REFLEKSI: sambungan BAB 3

Apa yang saya pelajari dari pembelajaran tempoh lalu, pertama, saya amat tertarik berkenaan Dasar Rasional Perkara 152 dimana bahasa kebangsaan negara adalah Bahasa Melayu. Kita dapat lihat pada ketika itu, tiada sesiapa pun dilarang atau ditahan daripada menggunakan atau belajar apa-apa mengenai bahasa lain selain bahasa melayu. Namun, kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan. Ustazah juga ada menerangkan secara ringkas dimana Pegawai Eropah perlu mendapat lulus dalam bahasa melayu. Dari situ saya dapat fahami penjajah juga diwajibkan menguasai Bahasa Melayu kerana segala urusan di Tanah Melayu adalah Bahasa Melayu. Ia menunjukkan sebenarnya bahasa melayu ini bukanlah bahasa yang sukar untuk dipelajari kerana ia lebih bersifat tekal, mudah disebut dan dieja. Zaman dahulu, penjajah sibuk untuk menguasai Bahasa Melayu, manakala rakyat melayu zaman kini berebut rebut untuk menguasai bahasa asing dan menganggap Bahasa Melayu adalah bahasa yang ketinggalan zaman. Secara ringkasnya, kita tidak sepatutnya memandang rendah terhadap bahasa kebangsaan kita yang nampak agak ketinggalan zaman, sedangkan pada ketika dahulu, bahasa melayu merupakan bahasa yang penting untuk dipelajari bagi semua termasuk penjajah.

FTZ / 2014732613


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Apa yang saya pelajari dari pembelajaran tempoh lalu, saya boleh membuat kesimpulan mengenai piagam madinah. Piagam Madinah adalah piagam pertama yang ditulis secara rasmi dalam sejarah dunia. Mempunyai empat elemen iaitu Al-Quran, al-Sunnah, amalan Khulafa' Al-Rasyidin, pendapat mujtahid (mufti atau majlis fatwa). Perlembagaan yang ditulis dan dipersetujui bersama semua golongan (orang Islam dan Yahudi) yang menjadi warganegara Madinah Al-Munawwarah pimpinan Rasulullah SAW. Disebut Sahifah al-Madinah (perlembagaan bertulis pertama di dunia). Menjadi asas pembentukan sebuah Negara Islam.

PERISTIWA SEBELUM PENGGUBALAN PIAGAM MADINAH

1. PERJANJIAN AQABAH PERTAMA:
12 orang penduduk Madinah ke Makkah bertemu Rasulullah SAW, berjanji meninggalkan perkara syirik, mencuri, berzina, membunuh anak, tidak menipu serta taat perintah Rasulullah SAW.

2. PENERIMAAN MASYARAKAT YATHRIB TERHADAP AGAMA ISLAM:
Mus’ab bin Umair diutus ke Yathrib mengajar al-Quran oleh Rasulullah SAW.
Dakwah Mus’ab diterima baik penduduk Aus dan Khazraj.
Akhirnya ramai yang memeluk Islam.

3. PERJANJIAN AQABAH KEDUA:
Tahun berikutnya, Mus’ab membawa 73 orang lelaki dan 2 orang wanita Madinah.
Mereka berbai’ah akan memelihara dan mempertahankan Rasulullah SAW, berikrar taat setia ketika susah dan senang, tidak berpecah dan bercakap benar di mana sahaja.

KANDUNGAN PIAGAM MADINAH

Terdapat 10 Bahagian dan mengandungi 47 fasal.

23 fasal mengenal peraturan sesama Islam dan 24 fasal tentang orang Yahudi.
Antara kandungannya ialah:

Mengakui Nabi Muhammad SAW, ketua Negara Madinah.
Mengakui Ansar dan Muhajirin sebagai umat yang bertanggungjawab terhadap agama, rasul dan masyarakat Islam.
Setiap kaum bebas beragama dan mengamalkan cara hidup masing-masing.
Orang Islam dan Yahudi bertanggungjawab terhadap keselamatan Negara daripada serangan musuh.
Orang Yahudi dibenarkan hidup dengan cara mereka serta menghormati orang Islam tetapi tidak dibenarkan melindungi orang Musyrikin Quraisy.
Setiap masyarakat bertanggungjawab menjaga keselamatan dan mengekalkan perpaduan di Madinah.
Setiap individu tidak boleh menyakiti dan memusuhi individu atau kaum lain. Hendaklah tolong-menolong demi pembangunan, ekonomi, dan keselamatan.
Setiap kaum perlu merujuk Rasulullah SAW (ketua negara) jika berlaku perbalahan.
Mana-mana pihak dilarang berhubungan dengan pihak luar terutama Musyrikin Mekah dan sekutu mereka.
Piagam ini mempunyai kuasa melindungi pihak yang mempersetujuinya dan hak mengambil tindakan pada sesiapa yang melanggarnya.

HNS -2014588983-

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Piagam Madinah sudah tentu mempunyai seribu kebaikan kerana Rasullulah yang menjaga neggara Madinah. Ketetapan piagam yang tekandung sangat baik kepada rakyat islam dan juga bukan islam . Jika sesebuah negara itu dia jaga atau dipimpin oleh pemerintah yang sihat bersih dan adil saksama akan mempengaruhi kehidupan rakyat. Oleh itu kita sebagai rekayat perlulah memilih pemimpin yang baik bagi mendapat negara yang maju terbilang seiring agama islam.

Inayah 2014567981

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

piagam madinah yang kita tahu bahawa telah termaktub pada zaman Nabi muhammad s.a,w. ia juga menjadikan  nabi sebagai ketua negara di madinah pada zaman peningkatan islam di awal permulaan penyebaran islam. di dalam piagam itu termaktub sebuah undang-undang yang adil lagi saksama yang sepatutnya dapat menjadi sebagai contoh pada zaman kita harini. dimana keadilan yang di berikan kepada orang islam mahupun orang bukan islam sebagai contoh mereka yang duduk di madinah boleh mengamalkan agama masing masing dan undang ini antara di guna pakai oleh negara Malaysia sehingga kehari ini. yang bole kita simpul kan. ini anta undang-undang yang terbaik pada zaman nabi Muhammad s.a.w.

brya - 20145279871

PIAGAM ATLANTIK

Apa itu Piagam Atlantik? Tak tahu?
Atlantic Charter (Piagam Antlantik)

Piagam Atlantik merupakan kesepakatan yang dideklarasikan bersama oleh Presiden AS Franklin Delano Roosevelt dan Perdana Menteri Inggris Winston Churchill tersebut bernama "Piagam Atlantik" ("The Atlantic Charter"). Piagam Atlantik ditandatangani oleh Roosevelt dan Churchill di atas kapal perang HMS Prince of Wales pada tanggal 14 Ogos 1945. 

Secara garis besar, Piagam Atlantik berisi kesepakatan antara Amerika Serikat dan Inggeris untuk bekerja sama memerangi NAZI di Jerman, membentuk pasca-perang, mewujudkan Perserikatan Bangsa-Bangsa (PBB), hingga mempersiapkan kemerdekaan negara-negara yang sebelumnya menjadi milik Kerajaan Inggeris yang berada di Asia Selatan, iaitu India dan Pakistan pada tahun 1947. Selain itu, hal penting yang perlu dicatat dari lahirnya Piagam Atlantik adalah empat kebebasan yang dijelaskan oleh Presiden AS Franklin D. Roosevelt dalam pidato kenegaraannya di tahun 1941, iaitu kebebasan berbicara, kebebasan beragama, kebebasan dari semua kesusahan, dan kebebasan dari rasa takut.


Dalam Piagam Atlantik terdapat 8 isi penting mengenai:

1. tidak ada lagi wilayah yang dicari oleh Amerika Syarikat atau Inggeris;
2. pengaturan sebuah wilayah harus sesuai dengan kehendak masyarakat bersangkutan;
3. hak untuk menentukan nasib sendiri;
4. pengurangan rintangan perdagangan;
5. memajukan kerjasama ekonomi dunia dan peningkatan kesejahteraan sosial;
6. kebebasan berkehendak dan bebas dari ketakutan
7. menciptakan kebebasan di laut lepas;
8. pelucutan senjata di seluruh dunia pasca perang


Presiden AS Franklin D. Roosevelt dan PM Inggris
Winston Churchill ketika bertemu di atas kapal HMS Prince of Wales

Kapal USS McDougal merapat ke kapal HMS Prince of Wales,
untuk menghantarkan Presiden Franklin D. Roosevelt menaiki kapal perang Kerajaan Inggeris.

Kapal HMS Prince of Wales ketika berada di perairan Argentia, Newfoundland

Sunday, 15 November 2015

Budaya bukan Material

Kebudayaan secara amnya adalah satu cara hidup yang dikembangkan oleh sesuatu masyarakat untuk memenuhi keperluan asasinya untuk terus hidup, meneruskan zuriatnya dan mengatur pengalaman sosialnya. Ianya berkaitan dengan kepecayaan sesuatu kaum atau anutan,etnik,seni dan sebagainya. Sebagai contoh adat perkahwinan orang hindu, pengantin perempuan akan 'menolak' secawan beras menggunakan kaki atau menendangnya yang mana di amalkan oleh mereka baru berkahwin untuk lebih berkat atas perkahwinan yang baru dibina selain dari menolak bala. Bagi adat orang cina, mereka akan meletakkan sehelai kain di atas almari setelah pengantin selesai resepsi bagi menolak bala dari pekahwinan mereka.

Thursday, 12 November 2015

PERANAN PARA ULAMA ISLAM DALAM PERJUANGAN MENUNTUT KEMERDEKAAN TANAH MELAYU


 PERANAN TOK JANGGUT
     

 Latar belakang.
Haji Mat Hassan bin Munas dikenali juga sebagai Tok Janggut. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Haji Mat Hassan mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Mekah. Beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada dan sebab itulah beliau dikenali sebagai Tok Janggut. Tok Janggut juga mahir dalam ilmu persilatan.Beliau yang menetap di Kampung Nering,bekerja sebagai petani dan peniaga.Beliau merupakan salah seorang pejuang tanah air di Kelantan yang terkorban semasa pendudukan British.


 Peranan Tok Janggut Dalam Perjuangan Kemerdekaan: 
#Memperjuangkan nasib orang Melayu di Kelantan
#Menentang penjajah Inggeris dan Siam
#Menentang kerajaan Kota Bharu yang diketuai oleh tali barut penjajah Inggeris dan Siam
# Pejuang kebebasan
# Menyahut cabaran kerajaan Turki Uthmaniyyah untuk menentang penjajah Barat



PERANAN MAT KILAU


       

  Latar belakang.
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu atau Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda Iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat kilau dipercayai lahir pada tahun 1865/1866 di Kampung masjid, Pulau Tawar, Jerantut,Pahang.Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai "Dikir Pahang" .Hobi beliau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras.    

Peranan Mat Kilau:
*Menentang pendudukan British di tanah air beliau.
*Menyebarkan semangat perjuangan menetang penjajahan di negeri jiran,Terengganu dan Kelantan bersama beberapa pengikut/pembesar beliau.
*Menyatakan bahawa cukai yang dikenakan oleh pihak inggeris sebagai penjajah terlalu tinggi dan mendapat persetujuan oleh pahlawan yang lain seperti Tok janggut di Kelantan dan Abdul Rahman Limbong di Terengganu.





PERANAN TOK KENALI
       


Latar belakang

Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali. Beliau dipercayai lahir pada tahun 1870.
Menuntut di Mekah selama 22 tahun. Sangat alim dalam ilmu tatabahasa arab
Beliau seorang Alim Rabbani dan hidupnya banyak berpandukan Al-Quran dan Sunnah

Peranan Tok Kenali
#Sebagai Ahli Majlis Dewan Ulama
#Beliau juga terlibat dalam pemerintahan negeri
#Beliau telah membantu menyusun undang-undang tubuh Majlis Agama dan adat istiadat Melayu Kelantan
#Beliau juga terlibat menggubal Kanun Tanah Negeri 




 PERANAN DATO BAHAMAN
       
  
Latar belakang

Abdul Rahman Bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato'Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu. Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British.


Peranan Dato' Bahaman::

#Dilucutkan jawatan kerana enggan mendengar arahan orang Inggeris
#Mengetuai pengikut-pengikutnya untuk menyerang hendap orang Inggeris
#Tidak gentar dengan ancaman orang Inggeris



PERANAN TOK GAJAH



       
Latar belakang

Nama beliau sebenarnya Iman Rasu Bin Shahrun dan gelarannya adalah Orang Kaya Iman Indera Gajah Pahang. Beliau adalah salah seorang daripada pahlawan-pahlawan yang terlibat dalam pemberontakan di negeri Pahang tahun 1893-1895. Semasa beliau berumur 56 tahun iaitu pada tahun 1901, beliau meninggal dunia di Kampung Pasir Nering, terletak kira-kira 8km dari bandar
Kuala Berang. Belikau merupakan ayah kepada pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada tahun 1891 hingga 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintah negerinya.

Peranan Tok Gajah:
*Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, 
*Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris.
*Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang.
*Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Golongan agama ini melaksanakan tugas mereka secara bijaksana di mana di samping giat menyebarkan dakwah kepada masyarakat dan dalam masa yang sama meniupkan semangat kemerdekaan dan menimbulkan kesedaran melawan penjajah ketika itu. Ini banyak dilakukan melalui kegiatan penulisan yang berkembang subur sejak 1906 lagi apabila surat khabar Al-Imam diterbitkan, menjadi akhbar yang julung kali diterbitkan untuk menyeru kesedaran Islam sejagat. 

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa pentingnya kedudukan para ulama' dan peranan mereka dalam menyelamatkan umat daripada kejahilan dan kesesatan akidah. Sebab itu ulama' dipandang serong oleh musuh Islam dan orang-orang yang sangat anti kepada perjuangan hidup islam. Oleh kerana peranan dan kedudukan ulama' penting dalam masyarakat, marilah kita menghormati dan menghargai ulama' kita yang soleh dan bertaqwa. Marilah mendekati dan mempelajari ilmu pengetahuan daripada ulama'.

FTZ- =)
Tahukah Anda Para Ulama Turut Merintis Dalam Proses Mendapatkan Kemerdekaan Di Tanah Melayu?



Ulama dan gerakan kemerdekaan:

Beberapa contoh di antara kelompok masyarakat yang mempunyai pengaruh yang hebat ke atas pelakuan dan pemikiran rakyat jelata atau awam ialah kelompok ulama. Berbekalkan ilmu agama (Islam) yang mendalam mereka muncul sebagai pemimpin masyarakat di peringkat setempat, negeri dan nusantara (antarabangsa). Dengan peranan yang begitu menyeluruh, tidak dapat dinafikan ulama telah memainkan peranan yang penting dalam menggerak arus kemerdekaan sesebuah negara. Cuma tradisi besar khususnya milik kuasa kolonial tidak mengiktiraf sumbangan penting mereka atas sebab-sebab yang amat difahami oleh kuasa penjajah sendiri! Pejuang-pejuang tempatan yang menentang kuasa penjajah seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Bahaman dan lain-lain lagi mereka juga, dari satu segi, adalah berstatus ulama.

Golongan agama ini melaksanakan tugas mereka secara bijaksana di mana di samping giat menyebarkan dakwah kepada masyarakat dan dalam masa yang sama meniupkan semangat kemerdekaan dan menimbulkan kesedaran melawan penjajah ketika itu. Ini banyak dilakukan melalui kegiatan penulisan yang berkembang subur sejak 1906 lagi apabila surat khabar Al-Imam diterbitkan, menjadi akhbar yang julung kali diterbitkan untuk menyeru kesedaran Islam sejagat. 

Jika dilihat sepanjang era tahun 1906 hingga 1942, catatan sejarah membuktikan wujudnya perjuangan golongan agama bangun menyedarkan masyarakat Melayu melalui penubuhan sekolah atau madarasah dan pondok yang begitu banyak di seluruh negara serta melalui wadah surat khabar, majalah, aktiviti penulisan kitab, penterjemahan dan sebagainya dalam proses menyalakan obor dan semangat kesedaran orang Melayu menuntut kemerdekaan dari penjajah. Gerakan Islah atau Gerakan Pemulihan Islam ini turut menimbulkan kesedaran di kalangan intelektual Melayu ketika itu.

Tahukah anda siapa Para Ulama' yang dimaksudkan sebagai perintis proses kemerdekaan ini?? Post yang seterusnya akan saya terangkan satu persatu mengenai para ulama'  yang dimaksudkan.. =)

Monday, 9 November 2015

Apa Itu BUDAYA MATERIAL?



Budaya bermaksud satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu mencakupi sistem sosial, organisasi, ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Perkataan budaya merupakan gabungan daripada perkataan Sanskrit iaitu 'BUDHI' dan perkataan Melayu Polynesia iaitu 'DAYA'. Budaya terbahagi kepada dua jenis iaitu Budaya Material dan Budaya Non Material.
Budaya Material merupakan budaya yang mengacu kepada semua ciptaan manusia yang nyata. Ia mudah dilihat dalam masyarakat dan budaya material ini dapat membezakan kumpulan masyarakat itu sendiri dengan menggunakan kaedah yang paling ringkas. Contohnya, untuk orang Melayu pakaian rasmi mereka ialah baju kurung dan baju Melayu manakala kaum India ialah sari dan kurta. 

Maksud Disebalik Surah Al-A'raf(172-173)


وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آَدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ (172) أَوْ تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَكَ آَبَاؤُنَا مِنْ قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِنْ بَعْدِهِمْ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ (173) وَكَذَلِكَ نُفَصِّلُ الْآَيَاتِ وَلَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (174)

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”
Atau supaya kamu tidak mengatakan:” Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?”

      Disini kita boleh lihat dimana sebelum lahirnya manusia ke dunia, mereka telah dikumpulkan dan berikrar tentang keesaan Allah SWT. Mereka memperakui Allah SWT sebagai Tuhan yang satu dimana wajib bagi mereka untuk mematuhi ajaranNya dan meninggalkan segala laranganNya. Tetapi apa yang kita dapat lihat pada dunia akhir zaman ini, kebanyakan umat manusia sendiri sudah semakin alpa dan tidak peduli akan keyakinannya dan keteguhannya kepada Allah SWT, sedangkan sebelum mereka dilahirkan ke dunia ini, mereka telah pun menerima dan memperakui keesaan Allah SWT sebagai Tuhan mereka yang satu. Mereka semakin lalai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai umat Islam seperti tidak solat lima waktu, zina serta mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai khalifah di muka bumi ini. Manusia memerlukan ilmu seperti aqidah yang mantap agar dapat membimbing mereka ke jalan yang benar sehingga mereka dapat mengabdikan dan beribadah dengan ajaran agama Islam. Tanpa aqidah yang mantap, maka generasi yang seterusnya akan semakin jauh dari agama Islam yang benar.

Refleksi surah Al-A'RAF. ayat  (172-173)

Daripada ayat ini kita dapat selami bahawa,di suatu ketika dulu di alam roh  kita telah bersaksi pada ALLAH akan apa yang kita percaya dan kepada siapa kita akan bertaqwa pada alam dunia yang kita lalui sekarang bagi yang masih hidup. kenapa ALLAH berbuat sedemikian agar supaya manusia tidak berbuat pelbagai alasan dan menyalahkan bahawa islam tidak datang kepada mereka dan kenapa mereka menyekutukan ALLAH. jadi ini memberitahu bahawa kita telah pun bersaksi dengan Nama ALLAH dan tiada alasan di akhirat kelak untuk kita menyalah kan penyekutuan yang telah dilakukan.

BRYA/ 2014527871

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Surah ini memberi peringatan supaya kita mencintai ALLAH dengan sebenar-benar sebagai mana kita berjanji di alam roh. ALLAH berbuat sedemikian agar supaya manusia tidak berbuat pelbagai alasan dan dan juga menyalahkan bahawa islam tidak datang kepada mereka dan kenapa mereka menyekutukan Tuhan.semoga kita berusaha kerah yang lenih baik.

Inayah 2014567981
Refleksi Bab 3 - Perlembagaan Malaysia: Tiang Seri Hubungan Etnik

Mengapa Malayan Union di tubuhkan?

  • ini kerana British ingin melancarkan pentadbiran seorang sahaja yang memerintah disuatu tempat iaitu Gabenor. 
  • ia juga mengenai hal ehwal Tanah Melayu yang hanya di bincangkan diparlimen Britain yang mana ia jauh daripada Tanah Melayu dimana perlembagaan dan perbincangan oleh negeri.
  • Ia juga mengenai paksaan terhadap Sultan & Raja-Raja Melayu untuk menandatangani penubuhan MU. British memberi kata dua, jika pihak berkenaan tidak menandatangani, ia dianggap bersekongkol dengan kerajaan Jepun.
Halangan orang melayu terhadap Malayan Union?
  • Jus Soli- Dimana ia memberi kerakyatan terbuka berdasarkan tempat lahir. Orang yang datang untuk mendapat kerakyatan bukan seorang tetapi dengan jumlah yang banyak.

-HNS- 2014588983
================================================================================================================================================

               Refleksi Bab 3 - Perlembagaan Malaysia


Perlembagaan ialah satu set peraturan tentang hak kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan rakyat awam. Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi  sesebuah negara dan berfungsi sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat.
Perlembagaan terbahagi kepada dua iaitu Perlembagaan bertulis dan Perlembagaan Tidak Bertulis. Perlembagaan Bertulis ialah Perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen.  Di Malaysia mengamalkan Perlembagaan Bertulis. Badan perundangan, Badan Kehakiman dan Badan Eksekutif mendapat kuasa daripada Perlembagaan. Di Malaysia, tiada institusi lain yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Tidak Bertulis ialah semua prinsip Perlemabagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti adat resam dan tradisi, undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah. 


Secara ringkasnya kronologi penggubalan Perlembagaan persekutuan adalah bermula daripada Perlembagaan Malayan Union dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. 

Malayan Union di tubuhkan kerana British ingin melancarkan pentadbiran seorang sahaja yang memerintah disuatu tempat iaitu Gabenor. Kedua, ia juga mengenai hal ehwal Tanah Melayu yang hanya di bincangkan di parlimen Britain yang mana ia jauh daripada Tanah Melayu dimana perlembagaan dan perbincangan oleh negeri termasuk mengenai paksaan terhadap Sultan & Raja-Raja Melayu untuk menandatangani penubuhan MU. British memberi kata dua, jika pihak berkenaan tidak menandatangani, ia dianggap bersekongkol dengan kerajaan Jepun.
Ketika itu juga, penubuhan Malayan Union amat ditentang oleh orang melayu kerana pengamalan Jus Soli, dimana ia memberi kerakyatan terbuka berdasarkan tempat lahir. Orang yang datang untuk mendapat kerakyatan bukan seorang tetapi dengan jumlah yang banyak.

FTZ/ 2014732613

==============================================================================================================================================


REFLEKSI BAB 3


Bab 3 merupakan bab yang menceritakan mengenai perlembagaan Malaysia. Pelembagaan bermaksud satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Sebelum adanya perlembagaan Malaysia, British telah mewujudkan satu pertubuhan yang dinamakan Malayan Union. Tindakan British ini mendapat penentangan daripada masyarakat melayu kerana dengan tertubuhnya Malayan Union masyarakat melayu hilang hak istimewa mereka. Mereka telah melakukan penentangan ini dengan menyebarkan risalah dalam bentuk tulisan jawi serta mengutus surat kepada sultan sebagai tanda sokongan terhadap sultan. Hal ini kerana kuasa sultan akan dihapuskan sekiranya Malayan Union ditubuhkan. Pada pendapat saya, menerusi pembelajaran pada bab 3 ini saya dapat memahami tentang sistem perlembagaan negara kita serta memupuk semangat kesedaran untuk lebih menyintai tanah air kita.

NFJ - 2014509419


Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan disebut dalam perkara 152 perlembagaan Malaysia. Walupun bahasa melayu adalah bahasa utama digunakan dalam negara Malaysia, bahasa lain juga bebas digunakan. Tiada siapa akan ditahan atau dilarang daripada menggunakan bahasa selain dari bahasa rasmi dan mereka dilayan secara adil sesama masyarakat. Ini menunjukkan bahawa Malaysia sangat mementingkan keadilan disamping menekan perpaduan kaum walaupun melalui perbahasaan.
Malah, bahasa melayu pernah digunakan sebagai bahasa pengantara suatu ketika dahulu semasa perang dunia. Ini yang menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa yang sewajibnya dikagumi oleh masyarakat terutama bagi generasi baharu.

HFA- 2014122825

================================================================================================================================================


Refleksi Bab 3 - Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang sebagai jantung negara. Ini kerana tanpa undang-undang ini, Malaysia tidak akan menjadi seperti sekarang. Dimana ia lebih aman dan makmur. Perlembagaan ini mempunyai 2 jenis, iaitu perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis adalah seperti adat resam dan tradisi. Di Malaysia terdapat beberapa ketertinggian dimana negara lain tidak mempunyainya.

Ketertinggian Perlembagaan :

  • Tidak ada institusi yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia.
  • Perundangan, Kehakiman, Eksekutif dan juga YDPA tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.
  • Undang-undang persekutuan atau negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan tidak sah oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah dengan perlembagaan Malaysia.
NFS / 2014104769




Refleksi bab 3 tentang adanya Malayan union ini adalah memberi sedikit sebanyak penjajah menakluk tanah melayu di samping menindas hak orang melayu dengan membawa masuk orang luar yang bukan dr tanah melayu. orang melayu perlu bersatu pada dalam kehangatan penjajah menjajah supaya setiap syarat yang diberikan kepada orang melayu adalah seimbang dan tidak mencetuskan kemarahan. mereka perlu bersatu padu menjaga hak meraka daripada di ambil penjajah. tanah melayu penuh dengan sumber dan pihak berkuasa di tanah melayu perlu berhati-hati dalam menandatangani surat daripada british sebelum membuat keputusan. ini bermakna kita sendiri sebagai manusia perlu berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan bagi mengelakkan penyesalan dikemudian hari.

khairulinayah 2014567981

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


REFLEKSI BAB 3 : PERLEMBAGAAN MALAYSIA


Dalam bab 3 saya telah pelajari tentang perpaduan orang Melayu dalam menentang penubuhan Malayan Union yang diketuai oleh Dato' Onn Jaafar. Terdapat beberapa cara telah dilakukan antaranya adalah dengan memujuk raja-raja Melayu untuk memulaukan penubuhan atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan Malayan Union, menyuruh ahli-ahli bijak pandai untuk menulis bantahan tentang Malayan Union melalui akhbar tempatan dengan menggunakan tulisan jawi. Ini adalah antara sebab yang  menyebabkan kegagalan pihak British dalam penubuhan ini. Ini adalah disebabkan kesepaduan dan penyatuan rakyat yang tidak mengira agama, kaum dan bangsa untuk mempertahan negara daripada terus dijajah oleh British. Oleh itu, masyarakat yang bersatupadu adalah merupakan perkara yang penting untuk  memastikan negara aman dan tidak dijajah oleh kuasa barat.
Saya juga dapat mengetahui,mengapakah Piagam Madianah penting:
                    1) ini kerana piagam madinah bersifat Rabbaniyyah iaitu dari Allah swt.
                    2) perlembagaan ini merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.
                    3) dan ianya berjaya digubal dan berkesan sehingga Madinah aman dan damai.

FAJ/20143882171

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malayan union menunjukan kesatupaduan orang orang melayu menjaga hak untuk semua orang melayu dan bekerjasama bagi menjaga kedaulatan Raja Raja melayu. ia menunjukkan kesatuan sesama sendiri sangat membantu menyelesaikan masalah dan menguatkan silaturahim antara Orang Melayu itu sendiri. Jika kita berpecah dan melayu akan berpecah dan tiada kerjasama antara kita sendiri bagi mempertahabkan hak orang melayu itu sendiri dan mengelakkan daripada di tindas.


Inayah2014567981
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

malayan union yang  kita ketahui bahawa british ingin mengawasai tanah melayu untuk mengaup hasil bumi di tanah melayu dan mereka cuba melakukan berbagai helah bagi memperolehi negara kita akan tetapi kesepaduan rakyat melayu suatu ketika dulu dan inginkan kemerdekaan mereka bersatu padu merampas sumula hak mereka dari jajahan british. dan hasilnya kini kita harus berterima kasih kepada perjuangan mereka suatu ketika dulu. jadi lah negara kita yang tersendiei dan masih kekal akan identiti kemelayuan kita agar tidak dijajah kan budaya dan peradaban melayu pada hari ini dan seterusnya.

 brya -2014527871