Assalamualaikum w.b.t

Monday, 9 November 2015

Refleksi - Pengenalan Kehidupan Manusia

Roh ialah unit asas hidup manusia. Menurut imam al-ghazali, alquran memberi penjelasan tentang fungsi roh dan menegaskan bahawa dari segi hakikat roh termasuk dalam urusan Allah s.w.t. Manusia diberi pengetahuan yang amat sedikit mengenainya. Roh merupakan satu zat yang halus. Zat inilah yang mengetahui mengenai kebenaran lalu menerima kebahagiaan atau menjadi sesat. Zat ini bersifat kekal, datang sementara waktu dan akan kembali ke alam akhiratnya.
 Roh berfungsi menghidupkan jasad, bergerak roh, maka bergeraklah jasad. Segala perbuatan jasad adalah datangnya daripada perbuatan roh. Secara umumnya, roh diutuskan dalam jasad adalah untuk beribadah kepada Allah. Walaubagaimanapun, roh turun ke bumi dalam jasad, roh telah terpesona dan tertipu dengan apa yang ada dibumi yang menyebabkan ia lupa akan janjinya kepada Allah s.w.t iaitu beribadah kepadanya. Roh akan jauh tertipu dengan bisikan daripada manusia dan jin iaitu manusia akan lupa akan anugerah dan amanah yang diberikan oleh Allah s.w.t kepadanya.
 Tambahan, pembentukan masyarakat yang bertuhan akan melahirkan budaya sama ada baik atau tidak yang telah dipengaruhi oleh pengaruh persekitaran hasil daripada fitrah roh. Individu perlu menjaga roh individu dan roh masyarakat supaya dapat membentuk masyarakat yang bertuhan. Fitrah roh juga telah mengajar masyarakat yang bertuhan supaya terus memelihara hubungan yang baik sesama manusia. Hubungan yang baik sesama masyarakat yang bertuhan telah melahirkan fitrah roh yang sentiasa memelihara hubungan sesama manusia.
Selain itu, hubungan fitrah roh dengan pembentukan masyarakat yang bertuhan adalah ingin mencari dan mengenal tuhan yang telah menciptakannya serta boleh memahami tanda-tanda kekuasaan tuhan di lingkungan sekitar ataupun ke alam semesta ini. Fitrah roh juga telah menjadi sumber moral kepada kehidupan masyarakat yng beragama. Fitrah roh sangat penting dalam pembentukan moral dalam kehidupan masyarakat yang beragama. Ia juga telah mengajarkan iman kepada tuhan dan kehidupan akhirat serta kerana adanya perintah dan larangan dalam agama.


HNS -2014588983-

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Refleksi: PENGENALAN KEHIDUPAN MANUSIA



Pada minggu pertama kelas, kami telah mempelajari mengenai Pengenalan Kehidupan Manusia, dimana kehidupan manusia bukan setakat di dunia, malah dari dunia yang sebelum terciptanya manusia iaitu "Roh". 

Apa yang dapat disimpulkan daripada apa yang saya pelajari, kembara manusia bermula dari alam roh. Di sana manusia tidak mempunyai jasad. Tidak ada jantina, lelaki ataupun perempuan. Bagaimana keadaan kita pada waktu itu? Tidak tahu. Sangat sedikit yang kita ketahui tentang alam itu. Tetapi apa yang pasti di alam itu manusia sangat rapat dengan Tuhan. Sehingga pengakuan ini dicatat dalam al-Quran:

“Bukankah Aku ini Tuhanmu? Roh menjawab, ya kami menjadi saksi (kewujudan-Mu).” (Surah al-A’raf 7: 172)

Pada ketika itu, roh sangat kenal dan mengakui keesaan Allah sebagai penciptanya. Pada ketika itu juga roh berjanji untuk menjadi hamba Allah yang patuh. Perjanjian ini termeterai antara manusia dengan Allah sehingga dengan itu manusia sanggup memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi. Walaupun semua makhluk lain menolak amanah ini, manusia sebaliknya, telah menyatakan kesanggupannya dan kesediaan ini menyebabkan manusia menjadi pelakar sejarah dalam kehidupan di muka bumi dan memberi impak yang besar kesannya kepada kehidupannya sendiri.

Kita tidak tahu berapa lama tempoh manusia berada di alam roh. Namun yang pastinya setiap manusia mengambil gilirannya untuk “diturunkan” ke alam dunia. Kita pun datang ke bumi generasi demi generasi. Sayangnya, pengakuan, perjanjian, kesanggupan dan segala yang berlaku di alam roh seolah-olah sudah dilupakan oleh manusia. Mengapa kita boleh lupa? Memang logik kita lupa kerana alam itu telah begitu lama kita tinggalkan. Sedangkan hal yang berlaku seminggu yang lalu pun kita boleh ‘terlupa’, inikan pula entah berapa ratus ribu tahun sudah kita membuat perjanjian itu? Benar kan?

Kemudian apabila roh ditiupkan ke alam jasad dan jasad menjadi penyatuan dengan roh maka bermulalah titik permulaan dinamakan manusia. Jasad mempunyai dua kegelapan :

1-     Kegelapan asal kejadian tanah, air, api dan angin
2-     Kegelapan asal kejadian air yang hina

Daripada kedua - dua asal kejadian ini, terbentuklah satu jisim yang tersangat halus yang dinamakan nafsu. Tabiat nafsu ialah sentiasa cenderung kepada asal kejadiannya dan sentiasa mendesak supaya melakukan kejahatan dan dosa.

Oleh itu, manusia perlu mempercayai bahawa Tuhan yang mentadbir seluruh alam. Allah juga boleh menundukkan semua makhluk kepada manusia. Tungggak utama di dalam masyarakat adalah manusia. Jika baik manusia tersebut, maka baiklah masyarakat yang terbentuk. Oleh itu, manusia perlu menjadi makhluk yang baik dan taat perintah Allah SWT.


FTZ/ 2014732613

==============================================================================================================================================


Refleksi: PENGENALAN KEHIDUPAN MANUSIA

Kebanyakan manusia terlalu fokuskan terhadap hal-hal yang sifatnya dinuawi dan jasmani, sehingga terkadang manusia melupakan bahawa jiwa dan rohani juga perlukan pemeliharaan. Sifat spiritual yang sangat terasa inilah yang perlu dikembangkan, diberi pupuk setiap hari, membuat hubungan dengan Tuhan dengan berzikir, beristighfar, beribadah, membaca Al Quran dan sebagainya. Ketidak seimbangan hidup boleh mencondong kepada terlalu berat ke sisi kecerdasan intelektual berbanding spiritual. Maka itu, perasaan hampa atau tidak bersyukur akan hadir walaupun manusia telah memiliki segalanya yang dikecapi.

Oleh itu manusia perlukan keseimbangan hidup, supaya manusia dapat mengecapi apa yang diingini dan dalam masa yang sama, bersyukur akan apa yang telah didapati.

NFS / 2014104769

================================================================================================================================================
REFLEKSI : PENGENALAN KEHIDUPAN MANUSIA

Apabila berbicara tentang manusia, hakikatnya manusia pernah mengalami suatu masa yang tidak dapat disebut oleh manusia kerana sebelum kejadian 'roh' iaitu kewujudan manusia itu tidak dapat disebut kerana ia masih belum wujud.. Walau bagaimanapun manusia itu tidak mungkin terpisah dengan Tuhannya, sekalipun seseorang itu tidak percaya dan menolak Tuhan dalam kehidupannya.. Kewujudan manusia pula sangat bergantung dengan kewujudan Allah, sedangkan kewujudan Allah tidak bergantung dengan apa pun kerana kewujudan Allah adalah wujud yang "Hakiki dan Mutlak".Manusia akan mati dan hanya Allah SWTsahaja yang kekal wujud. Lima alam yang akan dilalui oleh manusia adalah yang pertama, Alam Roh, di alam roh, semua roh bersumpah taat setia pada Allah, akan melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. kedua adalah, Alam Rahim  berlakunya penggabungan roh dan jasad pada usia empat bulan di dalam kandungan. Yang seterusnya, Alam Dunia ialah perjalanan hidup manusia yang panjang, daripada bayi menjadi kanak-kanak, remaja, dewasa, tua dan diakhiri dengan kematian. Allah mengutuskan para nabi dan rasul di kalangan manusia sebagai petunjuk, Rasulullah s.a.w sebagai utusan terakhir dan al-quran sebagai panduan cara hidup manusia. Keempat, Alam Barzakh dimana alam pemisah antara kehidupan di dunia dan di akhirat, tempat menunggu sebelum tibanya kiamat dan yang terakhir, Alam Akhirat. Didahului dengan terjadinya Kiamat, berupa kerosakan seluruh alam semesta. Kemudian diikuti dengan Hari Kebangkitan, iaitu seluruh manusia dari mulai nabi Adam as. sampai manusia terakhir dibangkitkan dan dikumpulkan dalam satu tempat di panggil padang mahsyar. Peristiwa berikutnya adalah Hari Penghisaban (perhitungan amal) dan Mizan (timbangan amal) bagi manusia. Akan ditanya 5 hal kepada manusia :  tentang umurnya untuk apa dihabiskan, tentang masa mudanya untuk apa digunakan, tentang hartanya dari mana mencarinya, dan ke mana menginfakkannya, dan apa yang diamalkan dari ilmunya. Peristiwa seterusnya adalah Hari Pembalasan iaitu balasan syurga atau neraka.

FAJ / 2014388171


=================================================================================

kita perlulah bersyukur atas setiap yang allah anugerahkan kepada kita di atas dunia ini dan sebagai umat islam kita perlu menghormati kaum lain walaupun berbeza bangsa dan agama kerana kita duduk di bumi yang sama dan sebagai manusia yang perlu menghormati agama dan gaya hidup kepecayaan setiap kaum di malaysia. Allah telah menunjukan kekuasaan nye dengan mencipta pelbagai jenis manusia kaum atau perbezzaan gaya hidup supaya kita mengamal kan konseep menghormati satu sama lain sebagaimaana Allah menyuruh kita menghormati dan mereka ade kebebasan dalam memilih agama masing-masing. kita perlulah mempunyai sifat menyayangi ,tolong menolong , memahami , bertolak ansur serta bersifat kemanusiaan dalam menjalani kehidupan yang berbilang kaum disekeliling kita.




KhairulInayah -2014567981-


========================================================================

Kehidupan manusia bermula ketika rohnya ditiup semasa usia kandungan ibunya 3 bulan, Sebelum manusia dilahirkan lagi Allah telah pun mengatur takdir seseorang itu. Pengenalan manusia didunia ini bermula ketika pertama kali mereka melihat dunia. Disinilah bermulanya perjalanan kehidupan manusia. Sebagai manusia, dan khalifah kita seharusnya bersikap mengasihi Allah, mengenali-Nya dan menghargai alam-Nya. Selain dari itu kita juga perlulah berbuat baik terhadap ibu bapa, bermulanya dari ibu bapa kita belajar mengenali kehidupan. Semoga dengan berbuat baik terhadap ibu bapa, Allah lebih memberkati kita. Wallahualam.

HFA-2014122825

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perjalanan kehidupan manusia bermula dari perkongsian kehidupan sang suami dan isteri. Janin yang terbentuk di dalam kandungan seseorang ibu itu melalui proses perubahan dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Proses perubahan ini berlaku di dalam tiga peringkat yang mengambil masa lebih kurang 120 hari dimana:

40 hari pertama- sebagai Nutfah(mani)
40 hari yang kedua- sebagai 'Alaqah(segumpal darah)
40 hari yang ketiga- sebagai ketulan daging(Mudghah)

Setelah genap 120 hari janin berada di dalam kandungan, maka Allah SWT akan mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh kepadanya. Sembilan bulan sepuluh hari berada di dalam kandungan ibu dan akhirnya lahirlah seorang manusia di bumi Allah SWT ini.

NFJ 2014509419




No comments:

Post a Comment