Tahukah Anda Para Ulama Turut Merintis Dalam Proses Mendapatkan Kemerdekaan Di Tanah Melayu?
Ulama dan gerakan kemerdekaan:
Beberapa contoh di antara kelompok masyarakat yang mempunyai pengaruh yang hebat ke atas pelakuan dan pemikiran rakyat jelata atau awam ialah kelompok ulama. Berbekalkan ilmu agama (Islam) yang mendalam mereka muncul sebagai pemimpin masyarakat di peringkat setempat, negeri dan nusantara (antarabangsa). Dengan peranan yang begitu menyeluruh, tidak dapat dinafikan ulama telah memainkan peranan yang penting dalam menggerak arus kemerdekaan sesebuah negara. Cuma tradisi besar khususnya milik kuasa kolonial tidak mengiktiraf sumbangan penting mereka atas sebab-sebab yang amat difahami oleh kuasa penjajah sendiri! Pejuang-pejuang tempatan yang menentang kuasa penjajah seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Bahaman dan lain-lain lagi mereka juga, dari satu segi, adalah berstatus ulama.
Golongan agama ini melaksanakan tugas mereka secara bijaksana di mana di samping giat menyebarkan dakwah kepada masyarakat dan dalam masa yang sama meniupkan semangat kemerdekaan dan menimbulkan kesedaran melawan penjajah ketika itu. Ini banyak dilakukan melalui kegiatan penulisan yang berkembang subur sejak 1906 lagi apabila surat khabar Al-Imam diterbitkan, menjadi akhbar yang julung kali diterbitkan untuk menyeru kesedaran Islam sejagat.
Jika dilihat sepanjang era tahun 1906 hingga 1942, catatan sejarah membuktikan wujudnya perjuangan golongan agama bangun menyedarkan masyarakat Melayu melalui penubuhan sekolah atau madarasah dan pondok yang begitu banyak di seluruh negara serta melalui wadah surat khabar, majalah, aktiviti penulisan kitab, penterjemahan dan sebagainya dalam proses menyalakan obor dan semangat kesedaran orang Melayu menuntut kemerdekaan dari penjajah. Gerakan Islah atau Gerakan Pemulihan Islam ini turut menimbulkan kesedaran di kalangan intelektual Melayu ketika itu.
Tahukah anda siapa Para Ulama' yang dimaksudkan sebagai perintis proses kemerdekaan ini?? Post yang seterusnya akan saya terangkan satu persatu mengenai para ulama' yang dimaksudkan.. =)
No comments:
Post a Comment