Assalamualaikum w.b.t

Monday, 9 November 2015

Refleksi Ayat Al-Hujurat

Perbincangan tentang memahami perbezaan manusia. Allah sengaja membezakan setiap manusia. Ia juga mengisahkan tentang perdamaian jika ada yang di dalam pergaduhan, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil. Tambahan lagi, ia membincangkan supaya tidak merendahkan rendahkan orang lain, tidak bersangka buruk dan jauhi prejudis di kalangan manusia. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Serta sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

-HNS- 2014588983


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Refleksi kedua: SURAH AL HUJURATT (AYAT 6- 13)

Kejadian manusia itu sendiri adalah berbeza-beza daripada segi rupa, jantina, dan personaliti. Hal ini dapat dikaitkan dengan surah Al-Hujurat ayat 6 hingga 13 yang menerangkan bahawa Allah telah menjadikan manusia itu terdiri daripada lelaki dan perempuan pelbagai bangsa dan bersuku puak.  Allah SWT menciptakan manusia berbeza kerana ingin manusia saling melengkapi antara satu sama lain. Terdapat kesan sekiranya wujud perbezaan antara manusia, antaranya ialah, manusia akan lebih menghormati manusia yang lain dan saling melengkapi. Perbezaan manusia juga boleh dilihat melalui ras, etnik, bangsa, perjudis, stereotaip dan diskriminasi. Allah SWT juga telah mengutuskan Rasulullah SAW untuk menjadi petunjuk yang benar kepada manusia di dunia ini.


FTZ/ 2014732613

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Refleksi kedua: SURAH AL HUJURATT (AYAT 6- 13)

Tuhan telah menciptakan hamba-hambaNya dengan berbagai rupa, sikap, perlakuan dan sebagainya. Itu sudah membuktikan salah satu kebesaran Tuhan terhadap alam semesta. Didalam surah Al- Hujurat ayat 6 hingga 13, telah diberitahu yang dengan kehadiran kepelbagaian ini, Tuhan telah menyuruh kita untuk sentiasa melakukan kebaikan dan melarang untuk melakukan keburukan antara satu sama lain. Sesungguhnya, perbezaan ini tidak dipandang oleh Tuhan melainkan orang yang bertaqwa kepadaNya.

NFS / 2014104769

================================================================================================================
REFLEKSI KEDUA : SURAH AL HUJURAT (AYAT 6-13)


 ayat 6-8 menceritakan memastikan kebenaran khabar berita. Tabayyun bermakna memeriksa semula kesahihan atau kebenaran sebuah informasi.Oleh kerana itu firman-Nya dalam Al-Hujurat 6, Allah SWT mengingatkan kita untuk selalu Tabayyun saat menerima sebuah maklumat. Tabayyun juga termasuk dalam sunnah Rasulullah SAW. Kerana Rasulullah selalu bertabayyun dan menyuruh para sahabat untuk bertabayyun. Kita perlu menyiasat dengan teliti sebelum membuat suatu tindakan yang merugikan. ayat 9 mengisahkan  ramai orang yang bersifat kurang Tabayyun terlibat dalam sebuah perselisihan. Maka hendaklah kita mendamaikan orang yang bermusuha dan selepas itu berbuat adil lah kerana Allah SWT menyukai orang yang berbuat adil. ayat 10 mengisahkan orang beriman msti lah bersatu padu antara satu sama lain. manakala ayat 11,  Allah SWT juga menegaskan agar kita tidak memberi gelaran-gelaran tertentu kepada seseorang. Manusia diberikan kelebihan oleh Allah anugerah ‘lisan’ untuk berbicara dalam pelbagai bahasa dan berkomunikasi sesama mereka. Lisan ibarat pedang, ia boleh mencegah kemungkaran di tengah komuniti masyarakat dan ia juga boleh memecah-belahkan kaum Muslimin menurut kehendak syaitan. ayat 12 menceritakan larangan buruk sangka, mengumpat dan mencari kesalahan orang lain. lastly, mengisahkan berbeza tetap satu. Oleh sebab itu mari kita bersatu sebagai umat muslim. Saling mengenal dan saling menasihati. Islam mengajar umat manusia untuk saling mengenali dan secara jelas menolak rasisme, ta’assub kumpulan, perkauman ataupun sikap assabiyah yang merosakkan. 

FAJ / 2014388171

========================================================================

Refleksi surah Al- Hujurat  AYAT 6-8

Bagi huraian ayat 6-8 dalam surah Al-Hujurat yang dapat kita selami bahawa kita sebagai manusia harus tahu siapa pencipta kita dan bagaimana kita mahu melihat kepercayaan kita ini adalah benar. ayat 6-8 memberitahu bahawa dengan pancaindera yang kita perolehi ini gunalah sebaik mungkin dengan melihat setiap bentuk dan kejadian diatas muka bumi ini dicipta di dunia ini mempunyai asbab tersendiri dan melihat dari sudut kekuasaannya iaitu bagaimana ia mampu terbentuk? adakah ia terbentuk dengan sendirinya? adakah ia tiada penciptanya?. sesungguhnya lihatlah dengan sebaiknya dan penuh hikmah keatas setiap kejadian dan percaya Allah mencipta ia dengan sebaik kejadian.kita WAJIB percaya ia bukan datang dengan sendiri dan ia datang dari ALLAH S. W. T.

BRYA/ 2014527871

========================================================================

Surah Al Hujurat ayat 9

"Dan apabila ada dua golongan orang mukmin berperang, maka damaikalah antara keduanya. Jika salah satu dari keduanya berbuat zalim terhadap (golongan) yang lain, maka perangilah (golongan) yang berbuat zalim itu, sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, dan berlakulah adil. Sungguh, Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil"



Daripada surah Al hujurat ayat 9 ini, ia menekankan prinsip mendamaikan dua golongan Muslim yang bergaduh atau berperang. Kedua pihak yang berperang haruslah menghentikan daripada melakukan kekerasan terhadap satu sama lain. Selain itu, janganlah mempersoalkan siapa yang mencetuskan perbalahan itu dahulu kerana ianya akan membuat keadaan menjadi lebih buruk. Sebaliknya, mereka perlu fokus kepada perdamaian dan persefahaman agar tidak terus berbalah. Setersnya, jika lagi satu pohak tetap tidak mahu mengalah maka wajiblah satu pihak yang lain(yang mahu perdamaian) mendapatkan sokongan daripada orang lain. Hal ini sangat penting untuk membuktikan bahawa mereka wajib patuh kepada arahan Allah SWT walau di dalam keadaan apa pun.

NFJ 2014509419

========================================================================

Surah ini menekankan larangan mengambil keputusan yang menyimpang dari ketetapan Allah S.W.T. Keharusan meneliti suatu berita yang disampaikan oleh orang yang fasik. Kewajipan mengadakan islah antara orang muslim yang bersengketa keran orang orang islam itu bersaudara. Seterusnya kewajipan mengambil tindakan terhadap golongan kaum muslimin yang bertindak aniaya terhadap kaum muslimin yang lain.

HFA 2014122825

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Surah ini adalah memberi kesan kepada saya iaitu tidak membuat keputusan melulu dan mencari pendamaian selagi yang boleh daripada kita berperang yang akan merosakkan negara dan menyebabkan banyak nyawa dan kerosakkan harta benda sesebuah kawasan tersebut, Allah mengajar kita berbuat kebaikan dan mencari jalan yang terbaik sebelum membuat keputusan.

Inayah2014567981

No comments:

Post a Comment