Assalamualaikum w.b.t

Monday, 9 November 2015

Surah Hujurat dan Penerangannya

Refleksi: SURAH AL ARAF

Saya dapati daripada perbincangan ini, mengisahkan tentang kisah kehidupan manusia. Kehidupan  dan sikap manusia terbahagi kepada baik dan jahat. Dan juga sikap sangkabaik kepada Allah, kawan dan juga terhadap diri sendiri. Ia juga membincangkan tentang hidup kita dipegang oleh Allah dan juga berbuat baik kerana kita dimiliki oleh orang.

-HNS-2014588983

================================================================================================================================================

REFLEKSI : SURAH AL A'RAF

Berdasarkan surah Al- A’raf ayat 172 dan 173 menyatakan:

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”
Atau supaya kamu tidak mengatakan:” Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?”




=>  Disini kita boleh lihat dimana sebelum lahirnya manusia ke dunia, mereka telah dikumpulkan dan berikrar tentang keesaan Allah swt. Kita boleh lihat kebanyakan umat manusia sendiri sudah tidak peduli akan keyakinannya kepada Allah swt, sedangkan sebelum mereka dilahirkan ke dunia ini, mereka telah pun menerima keesaan Allah swt sebagai Tuhan mereka. Mereka memerlukan ilmu seperti aqidah agar dapat mengarahkan fitrah mereka ke jalan yang benar sehingga mereka dapat mengabdikan dan beribadah sesuai dengan ajaran agamanya. Tanpa aqidah yang mantap, maka generasi yang seterusnya akan semakin jauh dari agama Islam yang benar. 

FTZ/ 2014732613

==============================================================================================================================================
REFLEKSI : SURAH AL A'RAF
Didalam Al Quran telah membahaskan tentang hakikat asal usul manusia yang dimulai dari proses kejadian manusia iaitu dari segumpal darah dan setelah melewati beberapa tahap dan sempurna kejadiannya, dihembuskan kepadanya roh ciptaan Tuhan. Roh adalah zat murni yang tinggi, hidup dan hakikatnya berbeza dengan tubuh. Tubuh dapat diketahui dengan pancaindera, sedangkan roh menyelusupi ke dalam tubuh sebagaimana air menyelusupi ke dalam bunga, tidak larut dan tidak terpecah-pecah. Untuk memberi kehidupan pada tubuh selama tubuh mampu menerimanya. Sudah lama menjadi tanda tanya dikalangan ulama Islam tentang roh dan berusaha untuk menrungkai dan membuktikan kebenarannya. Mereka cuba mengupas untuk mendapatkan kepastian tentang hakikat roh.

NFS / 2014104769

=============================================================================================================================

REFLEKSI: SURAH AL A'RAF
Apa yang saya dapati dalam surah ini ialah Allah menciptakan manusia atas dasar fitrah tauhid. Maksud perjanjian yang diambil Allah s.w.t. ke atas manusia itu ialah Allah s.w.t. telah menyediakan di dalam diri setiap manusia persediaan untuk menerima kebenaran atau agama yang benar berasaskan fitrah kejadian manusia yang suci.Fitrah inilah yang Allah kurniakan kepada manusia. Tidak ada kemungkinan manusia mengingkari Allah yang Maha Pemurah, padahal Allah yang menciptakan mereka berdasarkan kebahagiaan dan kebaikannya.Kealpaan dan keingkaran manusia serta dorongan nafsu jahat dan faktor sekeliling menjadikan manusia lupa fitrah beragama dan beraqidah dan tuntutan-tuntutannya. Hanya pada masa tertentu apabila manusia ditimpa kesusahan atau malapetaka barulah fitrah ini muncul kembali dan mengakui keesaan Allah s.w.t. Sebagai contoh, Fir'aun yang sentiasa mengingkari dan memusuhi kebenaran, ketika menghadapi saat-saat genting kematian, fitrahnya kembali mengakui kebesaran Tuhan. Kepercayaan manusia kepada Zat yang Maha Agung yang ada diluar dirinya diiringi dengan tunduk dan patuh kepadaNya. Kepatuhan tersebut dimanifestasikan melalui ibadah –ibadah ritual. Perjanjian manusia dan Allah ketika di alam rahim merupakan perjanjian yang termaktub untuk mengesakan Allah.

FAJ / 2014388171


==============================================================================================================================

Apa yang dapat saya pelajari dari surah Al Araf ini, kita perlu meningkatkan lagi keimanan kita terharap pencipta yang satu. Kita wajib memperakui kekuasaan Allah SWT yang mengatur dan menjaga alam ini. Kita sebagai khalifah di muka bumi ini perlu menjalankan tanggungjawab kita sesama manusia, perlu saling hormat-menghormati, mengingatkan satu sama lain sekiranya terleka dan macam-macam lagi. Selain itu, surah ini juga menyatakan larangan daripada mengikuti perbuatan dan adat istiadat yang buruk serta kewajipan manusia untuk mengikuti segala perintah Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Contohnya, kita perlu menghindari makanan yang boleh membawa kepada kemudharatan seperti meminum arak, makan khinzir dan sebagainya. Hal ini kerana bukan tanpa sebab Allah SWT melarang kita umat Islam daripada memakan makanan tersebut tetapi sekiranya kita makan ia akan memudaratkan kesihatan dalam badan kita.

NFJ 2014509419

==========================================================================================================================================

Surah ini menekan kan tanggungjawap manusia sebagai khalifah Allah memiliki tanggungjawap terhadap sesama manusia dan makhluk lain seperti binatang dan alam. Kita juga diperintah kan agar menjaga dan memanfaatkan lingkungan dengan baik yang mana merupakan salah satu bentuk syukur kita terhadap Allah yang memberi kita pelbagai nikmat kehidupan.

HFA 2014122825


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

surah ini adalah mengajar kepada saya supaya dapat membezakan hak dan batil dan juga tidak mnyalahkan orang lain jika ada masalah yang kita sendiri kita yang buta, kita hendaklah menjadi manusia yang sentiasa berbuat baik kepada orang lain dan bersyukur setiap pemberian Allah kepada kita
inayah2014567981



No comments:

Post a Comment