Assalamualaikum w.b.t

Monday, 23 November 2015

Interview (Part 1)

MAKLUMAT MENGENAI CINA BANDAR



1) KEAGAMAAN




Malaysia mempunyai pelbagai agama yang dianuti oleh pelbagai kaum contohnya seperti agama Kristian, Hindu, Buddha, Sikh, Anisme dan lain-lain. Kaum Cina menganuti pelbagai agama. Ada dikalangan mereka yang menganuti agama Kristian atau Buddha tetapi bagi Pn. Soh Wei Nee yang berasal dari cina bandar, beliau menganuti agama Buddha. Pelbagai perkara yang diceritakan olehnya. Beliau menceritakan bagaimana majlis pertunangan, hantaran bagi perkahwinan, bagaimana upacara perkahwinan dijalankan, nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama mereka, kematian, perayaan tahun baru cina dan lain-lain.

Setiap agama mempunyai nilai-nilai murni yang tersendiri. Berdasarkan apa yang dijelaskan, bagi kaum cina Bandar, mereka patut mematuhi dan mengamalkan nilai-nilai murni ini didalam kehidupan seharian mereka. Mereka mempelajari moral dimana mereka harus senantiasa berbuat baik kepada keluarga dan masyarakat sekeliling bagi mewujudkan suasana yang dalam keadaan yang aman dan harmoni. Mereka harus mempunyai sikap menghormati antara satu sama lain terutamanya terhadap ibu bapa, orang yang lebih tua dari kita, dan semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.  Disamping itu, jika agama islam mempunyai perkara wajib yang harus dilakukan dalam kehidupan seharian contohnya seperti solat 5 waktu dan membayar zakat, mereka juga mempercayai perkara yang wajib dilakukan iaitu upacara sembahyang. Mereka percaya adanya semangat pokok, ini adalah kepercayaan biasa dimana tiada sistem untuk diikuti tetapi ianya bergantung kepada individu. Mereka juga mempercayai bahawa Tuhan akan menghukum mereka sekiranya mereka melakukan kesalahan seperti mencuri, menipu dan lain-lain. 



2) PERKAHWINAN





Adat perkahwinan 
  • Mereka mengenali antara satu sama lain secara sendiri tanpa ditentukan oleh keluarga ataupun perkahwinan yang dirancang oleh keluarga. Pada zaman sekarang tiada lagi perkahwinan yang di rancang oleh keluarga. Jika ada pun cuma segelintir sahaja.
  • Mereka akan berkahwin dah didaftarkan dibawah akta undang-undang kerajaan.
  • Cara perkahwinan sama ada terus berkahwin ataupun bertunang. Jika bertunang, mereka juga ada hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan yang dipanggil "PINJIN". Itu sebagai tanda terima kasih kepada ibu bapa pengantin perempuan kerana selama ini telah menjaga dan membesarkan pengantin perempuan.
  • Cara bernikah ada dua, jika agama buddha mereka akan pergi ke tokong cina untuk meminta restu. Manakala, jika agama kristian mereka akan pergi ke gereja.
  • Apabila sudah berkahwin, pengantin perempuan akan mengikuti pengantin lelaki kerumahnya dan tinggal bersama dengan keluarga lelaki.
  • Selepas majlis perkahwinan iaitu persandingan dimana pengantin lelaki akan mengambil pengantin perempuan di rumahnya, akan diadakan "Tea Ceremony". Majlis ini diadakan kepada pengantin perempuan dimana pengantin baru menyediakan teh untuk ibu bapa dan juga keluarga. Ini untuk menghilangkan rasa takut bagi ahli baru keluarga dan untuk menjadikan hubungan kekeluargaan lebih rapat. Mereka juga ada jamuan makan "Banquet". Jamuan ini selalunya diadakan di restoran dan ianya di tanggung oleh pihak lelaki kerana ianya untuk meraikan ahli baru dalam keluarga mereka.


3) PERAYAAN TAHUN BARU CINA


Kebiasaan nyaa perayaan tahun baru cina hanya di sambut setahun sekali, ianya sama seperti perayaan hari raya aidilfitri iaitu perayaan islam. Raya Cina akan di sambut selama 15 hari dan setiap bangsa cina harus berkata-kata dengan mengeluarkan bahasa yang baik sahaja. Pada hari raya cina, mereka tidak boleh menyapu kerana mengikut kepercayaan mereka, mereka percaya bahawa penyapu akan mendatangkan nasib tidak baik bagi mereka. Tambahan lagi, gunting dan benda tajam juga tidak dibenarkan kerana ia mendatangkan nasib yang malang. Selain itu, di kalangan yang muda akan melawat ke rumah keluarga yang lebih tua semasa hari raya cina dan mereka akan mengadakan "REUNION DINNER".

Pakaian untuk tahun baru cina adalah warna terang dan kebiasaannya warna merah. Ini kerana mereka percaya bahawa raksasa akan menyerang manusia dan haiwan. Raksasa takut akan warna terang dan juga bunyi yang kuat.

CHAP GO MEYH - Malam ke 15 tahun baru cina iaitu penghabisan perayaan tahun baru cina. Semua gadis dan teruna di benarkan keluar untuk mencari pasangan mereka, mereka akan pergi ke sungai dan membuat hajat untuk mendapatkan pasangan yang baik.


4) KEMATIAN

















Kematian bagi kalangan bangsa Cina adalah sama seperti Agama Islam. Bangsa Cina akan membiarkan mayat di dalam keranda yang telah siap di mandikan dan di dandan secara rapi sekurang-kurangnya 3-5 hari. Setelah hari ke 7-9 barulah mayat akan dikebumikan.

Proses kematian iaitu dari segi memandikan mayat dan juga mengebumikan mayat. Ia agak berbeza sedikit dari segi kematian,dimana bangsa cina, ahli keluarga akan menentukan sama ada untuk terus mengebumikan mayat selepas mati ataupun membakar mayat tersebut dan menjadi abu. Mayat yang menjadi abu, abu tersebut akan di ambil pada hari kedua selepas pembakaran dengan menggunakan 'chopstik' serta abu mayat tersebut akan dimasukkan kedalam botol yang cantik. Mengikut cara tradisional, abu mayat ini akan diletakkan di dalam kubur dan akan terletak nama di setiap batu kubur. Jika nama di atas batu hilang, akan ada orang yang akan melukisnya semula sehingga adanya tulisan nama pada batu tersebut. Manakala, untuk zaman moden sekarang, bagi menghilangkan rasa takut dan gentar untuk ke kubur, ada nya "MEMORIALPARK". Ianya adalah sebuah taman di tempat perkuburan dan juga tempat khas seperti gambar di atas dimana akan ada lubang untuk meletakkan abu mayat tersebut. Tempat khas itu juga di bayar mngikut aras iaitu aras bawah, aras tengah dan juga aras atas. Aras ini menentukan kemudahan bagi kaum cina untuk bersembahyang terhadap orang yang sudah mati. Aras tengah adalah aras yang paling mahal dimana mereka mudah untuk bersembahyang dan mendoakan si mati. Penempatkan abu mayat tersebut, mempunyai yuran yang di kenakan iaitu RM2000 bagi setiap abu mayat. Yuran yang di kenakanadalah untuk upah mereka menjaga dan memastikan tempat itu bersih dan selesa sepanjang masa.

Perbelanjaan untuk kematian boleh mencecah maksimum RM80 000  dan minimum RM5 000 - RM8 000. Kos ini termasuk beli tanah untuk penguburan si mati, 3 hari kenduri untuk makanan dan minuman dan keranda. Bagi yang menziarah pula, mereka boleh datang menziarahi dan memberi sampul surat putih sebagai tanda penghargaan kepada keluarga si mati.
\
Menurut bangsa cina, mereka membakar kertas yang berbentuk kereta, duit, rumah, telefon dan sebagainya. Ini kerana mereka mempunyai kepercayaan bahawa si mati juga memerlukan kepentingan sama di dunia ini sama seperti didunia lain. Pakaian baju untuk ahli keluarga si mati juga di tentukan seperti:

a) anak lelaki dan perempuan = warna hitam
b) cucu = warna biru tua
c) cicit = warna hijau
d) selepas cicit = merah jambu





No comments:

Post a Comment